Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan Rang Undang-Undang Anti Berita Tidak Benar (Pemansuhan) 2019 Bacaan Kali Yang Kedua pada Tarikh 8/10/2019
Video link here: https://www.facebook.com/wonghonwai99/videos/10157914409969090/?t=20
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Di hadapan kita ialah Rang Undang-undang Akta Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2019. Sebenarnya kita telah – subject matter Akta Antiberita Tidak Benar telah dibentangkan tiga kali dalam Dewan ini. Pertama kali 11 April 2018, kali kedua ialah pemansuhan pada 16 Ogos 2018 dan kali ini kali ketiga. Rang undang-undang ini telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 16 Ogos dan saya telah menyertai perbahasan pada waktu itu. Apabila ia dikemukakan di Dewan Negara saya ingat buat pertama kali dalam sejarah Parlimen ia telah ditolak oleh Dewan Negara.
Undi 28 menolak, 21 bersetuju. Pertama kali dalam Parlimen Malaysia 60 tahun, pertama kali satu bill bukan kewangan, satu bill kerajaan telah di tolak oleh Dewan Negara dan saya ingin merujuk kepada Artikel 68 Perlembagaan Persekutuan. Artikel 68 Perlembagaan Persekutuan telah menjelaskan apakah prosedur dan apakah tatacara yang menguruskan perkara seperti situasi kita pada hari ini. Apabila tempoh satu tahun cooling-off period diperlukan di Dewan Rakyat untuk dikemukakan dan kemudian selepas itu dihantar ke Dewan Negara. Sekiranya tidak diluluskan oleh Dewan Negara, maka ia hendaklah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk kelulusan.
Oleh itu, saya mengulangi semangat Artikel 68 Federal Constitution, Dewan Negara hanya mempunyai kuasa melambatkan bill. Delaying the passing of the bill dan tidak boleh menghalang bill ini untuk maju ke hadapan dan adalah niat Dewan Rakyat untuk memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar ini. Memang jelas niat Dewan Rakyat untuk memansuhkan kerana definisi tentang fake news ini terlalu luas dengan skop yang terlalu luas dan juga dengan provision hukuman dan sebagainya yang amat luas dan akan menghalang semangat kebebasan bersuara dan adalah niat juga apabila dibentangkan kali kedua untuk pemansuhan, niat Dewan rakyat memang sama juga, kita ingin memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar. Saya harap Dewan Negara, Ahli- ahli Senator hendaklah mendengar niat Ahli-ahli Dewan Rakyat ini dengan jelas bahawa kita bukan untuk buat pindaan, kita bukan ingin menyelamatkan bill ini akan tetapi kita ingin memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar ini.
Tuan Speaker,
Ini adalah sangat jelas apabila bill ini dikemukakan balik kepada Dewan Negara kerana kalau Dewan Negara membuat undi lagi, kalau tidak diluluskan maka ia akan dihantar terus kepada Yang di-Pertuan Agong untuk kelulusan seperti diperuntukkan di bawah Artikel 68 Perlembagaan Persekutuan. Saya juga ingin mengambil kesempatan to reasoning kita membantah terhadap bill ini seperti saya kata fake news, terlalu luas dia punya skop terlalu draconian sebagainya. Akan tetapi saya juga ingin mengambil beberapa pengalaman daripada international, daripada luar negara terhadap handling ataupun tentang Akta Antiberita Tidak Benar ini.
Kalau saya ingin memetik The Digital, Culture, Medial and Sport Committee, House of Commons di United Kingdom. Di UK mereka telah meneliti isu fake news ini dan telah mencadangkan bahawa perlu ada satu framework untuk meminta tanggungjawab lebih besar daripada syarikat-syarikat teknologi. Syarikat-syarikat seperti Facebook, Goggle, Twitter dan sebagainya perlu memainkan peranan yang lebih besar untuk membendung fake news ini.
Liabiliti undang-undang kepada syarikat-syarikat media untuk bertindak ke atas kandungan yang misleading yang bertentangan dengan committee guideline social media. Juga di Parlimen Jerman, mereka memakai satu perundangan Network Enforcement Act pada tahun 2017 tetapi ia hanya sasar kepada social media networks yang mempunyai ramai pengguna pendaftar. Obligasi untuk mengeluarkan fake news adalah pada social media network tersebut selepas mendengar aduan pengguna dan bukannya target kepada individual user.
Permasalahan kita pada hari ini dan kita memang saya memang setuju untuk memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar ini tetapi saya juga ingin mengambil maklum bahawa perkembangan digital berlaku dengan begitu rancak dan begitu cepat dan yang fake news ini dia tidak semestinya disebarkan oleh orang perseorangan. Ia boleh disebarkan juga dengan software bots, B.O.T. Kalau ingat bot, bahasa Melayu bot lah, sampan tetapi dalam IT words, bots maksudnya ialah software yang boleh repeat, yang boleh mengulangi mesej-mesej ini dengan algorithm dengan programming kepada banyak tempat, banyak saluran social media, banyak saluran email dan sebagainya
Software bot ini memang kita perlu. Saya rasa kita perlu memikirkan satu framework pelbagai cara untuk lihat bagaimana kita bila boleh meminta syarikat-syarikat multimedia, syarikat-syarikat social media ini untuk mengenakan kawalan yang lebih ketat kerana memang dalam perkembangan digital yang berlaku begitu rancak ini bukan senang untuk kita membuat kawal selia dan kita perlu belajar tentang apa-apa yang berlaku di negara-negara luar bukan sahaja menggunakan legal framework tetapi juga menggunakan technology framework untuk menghalang ataupun mencuba untuk penyebaran berita-berita yang palsu yang boleh menggugat demokrasi di negara ini.
Demokrasi di negara ini perlu kita menggalakkan penyebaran berita benar. Kita menggalakkan investigation journalism kerana kita ingat itu adalah penting untuk demokrasi kita. Saya rasa kita selepas pemansuhan tentang Akta Antiberita Tidak Benar ini kita perlu juga memikirkan apakah technical framework? Apakah legal framework? Saya ingin meminta juga kerajaan untuk melihat kepada satu undang- undang yang baru di laksana di Singapura, Protection from Online Falsehoods and Manipulation Act 2019 (POFMA).
Saya bukan setuju kesemua legal framework yang digunakan di bawah undang- undang di Singapura ini tetapi ada perkara kita boleh belajar. “Ambil yang jernih dan buang yang keruh”. Isu-isu seperti account restriction direction di bawah seksyen 40 Akta POFMA di Singapura, walaupun kita punya Akta Multimedia dan juga Penal Code mempunyai kuasa undang-undang untuk mendakwa kepada mereka yang menyebarkan berita tidak benar ataupun misinformation, disinformation kepada komuniti secara amnya tetapi kita kurang satu mekanisme. Satu mekanisme yang memaksa social media untuk mengeluarkan posting itu daripada social media.
Di negara-negara lain mereka mula untuk melihat kepada legal framework untuk account restriction direction seperti yang saya sebut supaya kita boleh surf satu order kepada syarikat-syarikat, Facebook, Twitter dan sebagainya untuk menurunkan posting tersebut. Perkembangan teknologi berlaku begitu cepat dan tahun ini kita bicara tentang anti-fake news, tahun depan lagi the other legal fake news I mean dia berkembang begitu cepat sehinggakan kita perlu juga lihat technical framework dan legal framework yang perlu kita perkemaskan.
Tuan Speaker,
Pada pandangan saya, subject matter yang kita ada pada hari ini ialah Akta Antiberita Tidak Benar dan itu perlu kita mansuhkan, sangat jelas. Akan tetapi perkembangan teknologi kita perlu lihat kepada technical framework dan juga legal framework untuk menangani cabaran yang akan datang. Akta Antiberita yang diluluskan dua tahun di Parlimen ini tidak, bukan satu penyelesaian yang baik terhadap cabaran yang kita hadapi. Itulah pendirian saya dan juga pandangan saya.
Saya ingin menyiapkan satu mesej,yang jelas kepada Dewan Negara bahawa niat Dewan Rakyat adalah jelas untuk memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar ini dan apabila kita luluskan kali kedua dalam Dewan Rakyat ini kita perlu untuk mengingatkan rakan-rakan Senator, kuasa Senator hanyalah untuk delaying the bills seperti diperuntukkan di Artikel 68 Federal Constitution. Dengan ini, saya mohon untuk menyokong pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar
No comments:
Post a Comment